Ibu Bapa yang ingin terlibat membantu PIBG dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa, boleh mendaftar di Pautan -> Pendaftaran KSIB " ----- " Alumni SKIB digalakkan untuk mendaftarkan diri di Pautan -> Pendaftaran Kelab Alumni " ----- " Sumbangan anda pada Tabung PIBG amat kami hargai untuk melancarkan program yang akan dirancang untuk anak anda jua. Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun PIBG SK Intan Baiduri di Bank CIMB 8000-3887-27 (Resit perlu dihantar ke PIBG untuk pengesahan sumbangan)
SAMBUTAN HARI SAINS SEDUNIA

17 November 2017 - Pada hari ini SK Intan Baiduri telah mengadakan Sambutan Hari Sains Sedunia seiring dengan Hari Interaksi Ibu Bapa. Sambutan ini adalah sempena Hari Sains Sedunia yang disambut pada 10 November 2017 dan SK Intan Baiduri telah terpilih pada peringkat kebangsaan sebagai salah satu lokasi untuk aktiviti sains selama sebulan.



Terdapat 2 majlis sambutan diadakan pada pagi ini iaitu Majlis Penghargaan Rakan Komuniti SK Intan Baiduri dan Majlis Pelancaran Makmal Tenaga Hijau. Terdapat juga pameran yang mempamerkan hasil program-program yang telah dijalankan sebelum ini bersama Rakan Komuniti.

 

 

Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmi dan melancarkan majlis adalah Tuan Haji Juahir Bin Mondakir, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Puan Anita Binti Bahari, Pengarah Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

Antara jemputan lain yang turut hadir adalah Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Sentul, Rakan-Rakan Komuniti SK Intan Baiduri serta pegawai-pegawai akademik dan sains daripada JPWPKL dan PPW Sentul.

Semoga usaha PIBG SK Intan Baiduri ini dapat menanam minat anak-anak SK Intan Baiduri akan bidang STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts, Mathematic) serta menjadikan SK Intan Baiduri sebagai hab pembelajaran abad ke 21.



Info

Info